X-MAKE 2011

Tarikh :11-13 mac 2011
Tempat: Hutan Simpan Puchong

Xmake merupakan satu perkhemahan ibadah bagi pelajar islam. Program ini memberi motivasi diri daripada sudut kerohanian dan spiritual kepada pelajar untuk terus bangkit berjuang meneruskan pembelajaran untuk persediaan pembukaan semester baru agar lebih berusaha dari masa ke semasa.

Selain itu  program ini juga bertujuan untuk melahirkan dan menyemai sikap bersatu-padu,tolong menolong, proaktif dan tanggungjawab di kalangan mahasiswa Fakulti Ekologi Manusia dalam usaha untuk melahirkan pelajar bermutu tinggi dan berkualiti dari segi kepimpinan.
Tambahan itu, program ini dapat mengeratkan lagi ukhwah sesama pelajar Fakulti Ekologi Manusia.

Tema bagi program ini adalah berjalan melihat dan mentafsir.

Diantara penceramah yang hadir untuk pengisian slot ialah:
Prof. Dr. Mohd Ali Hassan
Dr.  Norhasmah Sulaiman
Dr. Taufiq Yap Yun Hin
En.Bukryman Sabri

Di awal program, rakan-rakan senang hati mengikuti X-MAKE.


Semua peserta sedang menyanyikan lagu tema X-MAKE. Hikmah Kembara Mirwana

Keakraban bertambah erat semasa menjamu selera bersama-sama.

Prof. Ali menyampaikan ceramah dengan penuh bersemangat.

Pengarah X-MAKE sedang berfikir sesuatu. Memikirkan masa depan generasi muda sekarang.. ish3




SWOT Analyze memberi peluang kepada setiap ahli berbincang memperbaiki diri.



Pembentangan dan perkongsian oleh setiap kumpulan. Banyak persamaan antara masalah kami.

Fasi Alif membuat rumusan SWOT Analyze agar peserta lebih jelas.














Taklimat dari En. Khairul sebelum masuk ke dalam hutan.

Perbarisan memasuki hutan.


Wah syoknya main air sungai...

Cuci baju, cuci mata... :)

Ini lah acara yang paling best.

Junggle Trekking dalam Hutan Simpan Puchong

"Dapat rehat 5 minit pun jadi lah"

Ceramah Mengapa Aku Di Sini disampaikan oleh Dr. Hasmah Sulaiman. Dr. banyak mengaitkan topik dengan ayat-ayat al-Quran.

Makan perlahan-lahan kak, tahu lapar...